ABX EXPRESS nama syarikat kurier penghataran barang dengan
kadar EXPRESS, tetapi nama express ini hanya sekadar nama sahaja kerana servis
yang diberikan amat tidak memuaskan menyebabkan terlalu ramai pengadu atau
pengguna yang memberi review BURUK terhadap ABX EXPRESS.
Selalunya apabila kita sebagai pengguna menggunakan Kurier
express sudah semestinya kita mahukan servis penghantaran yang cepat sampai
kepada penerima, tetap ini berlaku sebaliknya. Kebiasaan masa yang di ambil
oleh ABX untuk menghantar barang lebih kurang 1minggu-1bulan dan ada juga dua
bulan baru sampai, hal ini menyebabkan barang-barang penting yang perlu
diterima cepat akan menjadi lambat.
Satu hal lagi, staf mereka terlalu susah untuk mengangkat
panggilan (seperti tiada pekerja). Untuk mencuba boleh call Head Office mereka
di PJ 03-7711 6688 , jika
Head pun susah untuk menjawab paggilan, apatah lagi office ABX yang biasa,
tetapi tidak tahulah jika mereka membaca artikal ini, mereka sudah berubah.
HIHI
Di dalam penjanjian ABX EXPRESS juga tidak menjanjikan
barang-barang yang di hantar perlulah diselesaikan dalam masa-masa tertentu (
Jadi mereka bebas utk hantar bila-bila ). selain itu, hal yang amat PENTING dan
pengguna perlu tahu, sekiranya barang yang dihantar HILANG/ROSAK pengguna tidak
dapat meminta ganti rugi (INI BERHAYA/TIDAK ADIL UNTUK PENGGUNA) . Boleh rujuk
di sini https://www.abxexpress.com.my/info.html#tnc
Walaubagaimanapun tidak lah semua servis penghatran mereka
boleh dikatakan teruk, ada juga barang yang sampai ONTIME seperti kurier
EXPRESS yang lain. Dan juga kadar bayaran ABX EXPRESS lebih murah sedikit
berdanding kurier lain.
Jadi Kita sebagai pengguna boleh menilai sendiri untuk
pilihan yang terbaik, sekiranya tidak ingin banyak masalah berkenaan barang
yang di hantar, elakkan mengunakan ABX EXPRESS.
Diharapkan kurier lain dapat mengambil iktibar dan
pengalaman bagi memantapkan lagi servis mereka.
Artikel ini bukanlah untuk memburukkan mana-mana syarikat
atau berpihak mana-mana syarikat, ini hanya perkongisian pengalaman sendiri dan
yang di ceritakan di kongsi dari pengguna-pengguna lain dan untuk
pengguna-pengguna lain.
Luahan pengguna-pengguna lain.
JANGAN POS BARANG PENTING MENGGUNAKAN KURIER INI – WAJIB BACA
Reviewed by IdiNCooL
on
2:54 PTG
Rating:
![JANGAN POS BARANG PENTING MENGGUNAKAN KURIER INI – WAJIB BACA](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJA2wpsVzf8-a1Ec3TTEU_3m_iORvTWMRfKuH9-TusIu3m24uxTAkq3x_uWnbSHJbR7h8CXMAKI8cdaCJ6pDnkqRN2wdSBK8Ut3wxDSUeBx2QXrnp16tWqV6GoVSoVATJxgFAQ2al0SFE/s72-c/5-2-18.png)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan