Selalu sangat kita mendengar keluhan para suami bilamana isteri mereka degil, tak nak tutup aurat, tak nak pakai tudung, asyik membebel,melenting,marah-marah, asyik mengungkit, sukar diajak bersama, sukar duduk berbincang, tak nak dengar kata dan pelbagai lagi, cuma jarang isu ini diketengahkan, mungkin org lelaki ni lebih suka berbicara bersama-sama sejantina or malas nak fikir or mengharapkan miracle.
Tahu tak orang perempuan ni sebenarnya sanggup lakukan apa sahaja untuk org yg mereka sayang, apatah lagi suami mereka sendiri cuma tindakan sayang mereka itu akan berbeza mengikut cara anda melayan mereka. Cara anda yang menentukan mereka sayang anda dgn cara yg betul or tidak betul. Ianya semuanya bergantung pada hubungan anda dgn Allah kuat or tidak.
Cara sayang mereka yg tak betul seperti asyik selidik siapa kawan anda, asyik belek handphone dan barang-barang peribadi anda, asyik bertanya soalan, asyik call tak kira masa dan pelbagai lagi kerenah yang sebenarnya berpunca bila mereka mula rasa tidak selamat dan ketiadaan kepercayaan pada suami mereka. Kepercayaan itu sebenarnya perlu diperolehi dan dibina oleh anda sendiri. Bagaimana isteri hendak dapat kepercayaan itu sebenarnya dari tindakan anda yang sentiasa memberitahu, sentiasa menerangkan, sentiasa bercerita, sentiasa jujur dan menipu, isteri kenal siapa yang selalu anda bercakap or hubungi walaupun jiran perempuan di sebelah rumah.
Dan bagaimana untuk mendapat isteri yg sentiasa mendengar dan menurut sebenarnya dari bagaimana anda meletakkan diri anda di mata nya, meletakkan dirinya di mata anda, cara anda bercakap, cara anda mendengar, cara anda mengambil berat dan bertanya khabar walaupun soalan nya hanya "da makan?" "da solat?" "syg masak apa arini" "anak buat apa arini?", buat aktiviti bersama-sama terutama solat berjemaah.
Bagaimana pula nak letakkan diri anda dimata nya adalah bagaimana anda berperanan sebagai seorg suami, adakah anda pencari nafkah, pembela, pemimpin (imam) yang isteri boleh percayai? Untuk mengharapkan isteri menjadi lebih baik sebenarnya bermula daripada apa yg anda lakukan untuk menjadi org yg baik pada Allah, pada isteri, pada keluarga dan pada org sekeliling.
Sebab itu anda dijadikan Allah sebagai Khalifah di muka bumi dan bukan org perempuan. Masalah ini sebenarnya masalah yg besar yg perlu kita ambil berat. Tetapi apa yang berlaku dalam institusi perkahwinan sekarang banyak yg pincang. Rata-rata yg berkahwin ini, bermula dari niat yang tidak betul. Ada yg berkahwin kerana nak tutup malu, ada yg nakkan harta, ada yg menurut nafsu, ada yg nak lari dari masalah. Permulaan itu semuanya salah kerana sepatutnya niat kita berkahwin ini adalah untuk mencari keredhaan Allah.
Masih belum terlambat utk betulkan niat sebab kita bukannya maksum, kita bukannya hidup utk sentiasa nak bergembira, kita ni hidup utk mencari kebahagiaan dan ketenangan demi mengejar kehidupan kita yg kekal abadi di sisi Allah dan Nabi kita. Kita ni asyik dengan ketenangan secara fizikal tetapi ketepikan yg rohaniah sedangkan ketenangan rohani itu yang menjadikan kita sebagai seorg hamba Allah yg baik. Itu sebenarnya cara yg betul utk memperbetulkan diri dan isteri. Isteri akan menyayangi anda dengan cara yang betul bila adanya bimbingan dari anda dari segi ketenangan rohani.
Isteri yg tenang akan menunaikan solat dgn tenang, akan sentiasa ada disaat anda susah sbb dia yg akan menenangkan, akan sentiasa mempercayai kerana dia yakin pada anda, akan sentiasa cuba membantu walau apa jua keadaan, akan menjaga sempurna dirinya dan auratnya hanya utk anda yg sangat dia cintai dan isteri yg tenang juga punca keberkatan rezeki yang melimpah ruah. Jadi perbetulkanlah niat anda dan perbetulkan la apa yang salah yang anda tengah lakukan sekarang. Berubah la menjadi orang yg lebih baik utk mendapat isteri yg baik dan kehidupan yg lebih baik.
Hidup kita ni tak lama untuk kita sibuk mengejar apa yg kurang dalam hidup sedangkan yang kurang itu adalah ketenangan jiwa dan persediaan kita utk menghadapi hidup yg lebih abadi. Allah akan kurniakan kehidupan yg lebih baik tanpa anda sedari sekiranya kita berbalik pada fitrah kita yg asal, kerana sebab utama kita dihidupkan di muka bumi ini adalah menjadi hamba Allah, khalifah muka bumi dan menjadi seorg muslim yg baik. Cari la lebih baik pahala di muka bumi ini dgn perbaiki kehidupan anda demi Allah SWT.
SEMPURNA KAH ANDA SEBAGAI SEORANG SUAMI?
Reviewed by IdiNCooL
on
3:21 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan