KUALA LUMPUR, 16 Jun -- Polis telah mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang bertanggungjawab menggodam beberapa laman web rasmi kerajaan dan swasta, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.
"Masih terlalu awal untuk kita dedahkan siapa yang terlibat. Bagaimanapun polis akan terus membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menyiasat perkara itu.
"Sekiranya siasatan menunjukkan perkara itu berunsur jenayah, kita cadangkan kepada SKMM untuk sekat (laman web itu)," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyampaian Cek Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara di Bukit Aman.
Sebuah kumpulan penjenayah siber yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia bertindak menggodam portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian dan sebuah portal pelancongan swasta pada Rabu.
Serangan siber itu menyebabkan kedua-dua portal berkenaan iaitu politeknik.gov.my dan www.tourmalaysia.com.my yang dimiliki syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn Bhd terganggu selama 13 jam sehingga 1 petang semalam.
Satu lagi kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous turut memberi amaran untuk menggodam laman web kerajaan di bawah "Operation Malaysia" pada 3.30 pagi.
Di Kluang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata polis akan bekerjasama dengan agensi perisikan luar dan berkongsi maklumat kerana serangan penggodam itu tidak hanya melibatkan Malaysia dan telah berlaku di beberapa negara lain.

Polis mendapat Petunjuk Baru Kes Penggodam Laman Web Rasmi
Reviewed by IdiNCooL
on
11:15 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan