Pelbagai kajian mendapati satu kaitan kukuh di antara makanan tinggi kandungan antioksidan dalam membatu mencegah pelbagai jenis penyakit. Oksidasi dalam tubuh berlaku apabila oksigendi dalam tubuh bertindak balas terhadap kandungan lemak di dalam darah dan sel. Proses oksidasi ini adalah normal. Bagaimanapun oksidasi lemak dan kolestrol yang berlebihan akan mewujudkan molekul yang dikenali sebagai bahan radikal bebas yang merosakkan sel membran dan gen. Keadaan ini jika berlarutan akan memudahkan anda diserang pelbagai penyakit.
Lada Benggala untuk buah pinggang
1/2 cawan lada benggala = 1 mg sodium, 88 mg potasium, 10 mg fosforus
Mempunyai rasanya tersendiri dan rendah kandungan potasium. Lada benggala merah juga kaya dengan vitamin C, A, B6, asid folik dan serat menjadikan ia makanan yang mampu menyihatkan buah pinggang anda. Selain itu, kandungan likopen, sejenis antioksidannya juga baik dalam membantu mencegah kancer. bagi mendapatkan manfaat nutrisinya secara maksimum, ia sesuai dimakan mentah atau dengan pencicah atau dibuat salad bersama isi tuna atau ayam. lada benggala juga boleh dijadikan penambah perisa di dalam sandwic atau hidangan sayuran.
Bawang Putih elak terjadinya plak gigi
1 labu bawang putih = 1 mg sodium, 12 mg potasium, 4 mg fosfarus.
Selain membantu mengurangkan risiko berlakunya plak gigi, ia juga membantu merandahkan kolestrol. Bawang putih juga sangat sesuai dijadikan bahan menggantikan garam kerana kepelbagauan rasa dan aroma.
Kubis bunga bantu hati meneutralkan toksik
1/2 cawan kubis bunga (direbus) =9 mg sodium, 88 mg potasium, 20 mg fosforus.
Merupakan sumber terbaik folat dan serat malah tinggi kandungan vitamin C. juga padat dengan kandungan indoles, glucosinolates dan thiocyanates sejenis bahan kinia semulajadi yang membantu hati menenutralkan kandungan toksik yang boleh merosakkan sel membran dan DNA. paling sesuai direbus dan diperisakan bersama sedikit serbuk kari, lada atau herba. boleh juga di tambah bersama sajian pasta.
Manfaat 'phytochemicals' dalam kubis
1/2 cawan sajian kubis = 6 mg sodium, 60 mg potasium, 9 mg fosforus.
juga kaya dengan 'phytochemicals', sejenis bahan kimia semulajadi yang mampu menguraikan bahan radikal bebas di dalam tubuh. 'phytochemicals' juga diketahui dapat membantu melindungi tubuh dari serangan kanser khususnya paru-paru, usus, payudara, prostat dan ovari serta mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular. ia juga tinggi kandungan vitamin K, C, B6 dan asid folik, selain rend ah kandungan potasium menjadikan ia juga sayuran terbaik untuk anda yang mempunyai masalah buah pinggang
Tingkatkan kadar metabolisma dengan bawang
1/2 cawan bawang merah = 3 mg sodium, 116 mg potasium, 3 mg fosforus.
bawang kaya dengan kandungan flavanoid terutamanya 'quercetin' sejenis antioksidan yang bertindak mengurangkan risiko serangan jantung dan sel kanser. Kandungan potasiumnya yang rendah serta kandungan 'chromium' yang tinggi membantu mempertingkatkan metabolisme.
5 jenis makanan Banteras Penyakit (penting untuk diet)
Reviewed by IdiNCooL
on
7:39 PTG
Rating:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan